Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

NO roti canai or Nasi lemak for breakfast . Remember !


BAHAYA ROTI CANAI

Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tida k akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa? Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging.

Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai. Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak,nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak. Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah. Sebagai alternatif, makanlah capati. Makan 8-10 keping capati sehari pun no problem, anda akan menjadi sihat dan kuat.


NASI LEMAK

Nasi lemak pulak kandungan santannya tinggi. So cholesterolnya tinggi. Prof.Ungku Aziz ditanya apakah rahsia beliau sihat physical & minda pada umur 85. Dia cakap, dia tak makan atau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakkan orang Melayu.

KESIMPULAN

As many of us are approaching 30 yrs old with some are already in 30s, we should be kind and gentle to our body. The least that we could do is to be moderate in everything we do and watch out on our food intake. Eat healthy food.

Breakfast - Heart Attack

For those who always skip breakfast, drink at least a glass of orange juice.stay healthy! :) You’ve heard many times that “Breakfast is the most important meal of the day.” Now, recent research confirms that one of the worst practices you can develop may be avoiding breakfast. Why?

Because the frequency of heart attack, sudden death, and stroke peaks between 6:00 a.m.and noon,with the highest incidence being between 8:00 a.m.and 10:00 a.m.

What mechanism within the body could account for this significant jump in sudden death in the early morning hours? We may have an answer. Platelets, tiny elements in the blood that keep us from bleeding to death if we get a cut, can clump together inside our arteries due to cholesterol or plaque buildup in the artery lining. It is in the morning hours that platelets become the most activated and tend to form these internal blood clots at the greatest frequency.

However, eating even a very light breakfast prevents the morning platelet activation that is associated with heart attacks and strokes. Studies performed at MemorialUniversityin St.Johns,Newfoundland found that eating a light, very low-fat breakfast was critical in modifying the morning platelet activation. Subjects in the study consumed either low-fat or fat-free yogurt, orange juice, fruit, and a source of protein coming from yogurt or fat-free milk).

So if you skip breakfast, it’s important that you change this practice immediately in light of this research. Develop a simple plan to eat cereal, such as oatmeal or Bran Flakes, along with six ounces of grape juice or six ounces of orange juice, and perhaps a piece of fruit. This simple plan will keep your platelets from ticking together, keep blood clots from forming, and perhaps head off a potential heart attack or stroke.

src : http://nuriman.wordpress.com/2007/08/page/2/

Friday, October 31, 2008

Korek telinga memang SODAPPP!!!! Hah Baca!


WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga,
terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik
atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.

DAN INGATLAH... BAHAWASANYA....

"HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI"

src : fwd email