Saturday, April 25, 2009
Breastmilk Is The Best
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim...
Wahai ibu2 yang menyusu, kenapa saya suka entry dari blog ini? Ini adalah kerana ayatnya yang mudah difahami dan sangat menarik2 ibu2 utk menyusukan bayi anda sepenuhnya. Jemput2 baca........
Salam..
Hari ini saya masih mahu tahu tentang kepentingan susu ibu berbanding susu formula. Beribu2 kebaikan susu ibu berbanding susu formula spt SI mengandungi antibodi, enzim, senang dihadam dan lain2, tetapi hari ini saya nak ceritakan point lain yang lebih unik supaya ibu2 maklum dan sebarkan pd yg lain. Di awal kelahiran, susu yang keluar adalah golden liquid atau jeli kuning jernih dan pekat yang keluar dr payudara si ibu. Ketahuilah, penyumbangan kolostrum terhadap baby health tak dpt ditandingi oleh formula milk. Sayangnya jika kolostrum yang hadir sekali seumur hidup ini tak diberi pd bayi atas alasan susu tak cukup atau baby x puas minum, selalu menangis lapar babys-stomach-capacity kapasiti perut baby baru lahir. Kecilkan? so, tak patut sumbat susu atau air banyak2 =)
* So, baby baru lahir tak perlu di isikan perutnya dgn ber oz oz susu. Hanya ini yang mereka perlukan =) Susu formula: Adakah dijual kolostrum susu ibu di pasaraya seluruh dunia? Bayi baru lahir hanya perlu kolostrum, namun syarikat susu formula tak dapat memenuhi keperluan baby baru lahir, tetapi mereka hanya ada rumusan 0-6 bulan sahaja.
Kolostrum merupakan ˜first food™ yang terbaik dan sempurna bagi baby. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin A dan E yang slightly higher dr susu matang. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan (Growth Factor) yang membantu dalam kematangan usus dan mencegah alahan. If susu lembu/formula atau makanan lain di beri sebelum dia diberi kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan serta penyakit lain. Jika air masak diberi pd baby baru lahir, ginjal/kidney nya belum cuckup matang utk handle/kendalikan kuantiti cecair yang banyak akan membebankannya. Ya, this is true! ~ So baby baru lahir tak perlu air masak tambahan kepada kolostrum.
Breastmilk/susu ibu ~ berubah mengikut keperluan/umur bayi: Susu ibu bagi baby premature/tak cukup bulan mengandungi protein yang tinggi utk tumbesaran/berat badannya berbanding dgn baby yang lahir cukup bulan.
Susu ibu~ berubah rasanya bergantung kepada apa yang mamanya makan: So, baby akan diexpose to a different tastes sepanjang hari2 awalnya dan sepanjang penyusuannya.. Bayangkan jika susu formula, rasanya sama setiap hari - mama, adakah anda lalu tekak atau selera makan makanan sama hari2? I dont think so =)
Susu ibu~ berubah dengan cuaca/iklim: Pada hari yg sgt panas, susu ibu mengandungi lebih bnyk air. Dan dalam suhu yang terlalu sejuk, susu ibu mengandungi lebih bnyk lemak. Ya, dlm susu ibu, mama dont have to think and worry about temperature. Its there=)
Susu ibu~ Pada brastfeeding baby, jika ibu terkena pencemaran, pencemaran itu boleh ditapis oleh sistem badan ibu. Jika ibu dijangkiti kuman atau penyakit, sel darah putih dalam badan ibu akan hasilkan antibodi utk melindungi n melawan penyakit/kuman. Dan antibodi daripada jangkitan ibu di ekspreskan/dikeluarkan di dalam susu ibu untuk melindungi bayi pula. So, bila ibu demam/selsema/batuk atau sakit, THIS IS THE BEST TIME TO FEED THE BABY¦
Susu ibu~ mengandungi kolestrol yang tinggi: Sgt tinggi dalam susu ibu, dan TIADA dlm susu formula- yang mana kolestrol sangat penting bagi baby utk build tissue dlm otak dan sistem saraf (nervous system)* bukan untuk menggemukkan baby~ jgn salah faham ye.
Susu ibu~ mengandungi hormon yg unik yang tak terdapat dlm susu formula : high in endorphin- calm baby. Pd si ibu pula, apabila menyusukan baby, oksitosin akan dibebaskan. Hormon oksitosin ni dikenali sbg hormon kasih sayang atau love hormone yang akan sediakan ruang untuk ibu yang baru melahirkan anak utk menyayangi baby. Oksitosin juga adalah sedatif (bahan penenang) semula jadi yang membantu menenangkan ibu semasa menyusu¦ kdg2 sampai tertidur! (yup, saya selalu mengantuk bila menyusu anak =)
Susu formula?
Formula apa ye yang mereka digunakan? Berapa bnyk iron? berapa bnyk protein? adakah protein yang sama? Katalah susu formula menghampiri/menyerupai susu ibu¦ Susu ibu mana yang ada dlm susu formula itu? Susu Mrs. Pitt? Susu Makcik Rokiah? Susu Mdm Shilpa? Perfect sgtkah penyediaan susu formula? Berapa tahun sekali ye mereka ganti tiub/besi/container utk salurkan susu2 dah diproses? Atau tak pernah ganti2? Apakah lembu2 new zealand yang sihat2 tu makan? Adakah betul2 steril walaupun tertutup rapat dalam tin? Kalau steril kenapa ada kes sebegini? Sila klik sini dan sini. dan juga USFDA jugamengakui infant formula can never duplicate human milk dan juga the chemical make up of breastmilk is still unknown. Orang2 yang hebat dalam mencipta susu formula pun masih ragu2, adakah betul ibu bapa malaysia meletakkan kepercayaan pd mereka yang juga manusia biasa?? Sila klik sini untuk bukti apa yang saya perkatakan tadi=) so what is the best: BREASTMILK!
Mama papa semua, saya maklum, tentu pengilang dan syarikat susu benci membaca entry saya ini. Ya, saya akui, income susu formula antara penyumbang kepada ekonomi negara.. Tapi bagaimana pula dgn hak anak kita? Anak akan hidup berpuluh tahun.. Saya tidak boleh bercakap bnyk tentang isu ini, mesti akan di banned atau digam tetapi percayalah.. baby perlu 400 nutrien untuk pertumbuhannya sepanjang 6 bulan hingga 2 tahun. Hanya beberapa nutrien sahaja yang terpapar di tin susu formula. Adakah sama 400? Saya yakin tak muat tin susu tu! : Big grin:
* Saya hanya ingin menyedarkan diri saya dan semua tentang betapa komersialnya susu formula sekarang yang dikatakan senang nak handle bila dh mula bekerja. tepuk dada tanyalah diri sendiri. Menyenangkan kita atau kepentingan anak kita. Pada yang dh give up pada susu formula kerana kekeringan susu, ia adalah disebabkan kurangnya pemberian breast pd anak atau kurangnya stimulasi (tidak direct feed atau mengepam jika bekerja), bukanlah keturunan sebabnya kerana kalau keturunanlah sebabnya, cuba fikirkan keturunan di seluruh tempat di dunia atau di negara perang atau kebuluran. Kuranglah populasi dunia disebabkan keturunan tak cukup susu ini. Susu ibu cukup, cara mencukupkan saja membezakannya. Kepada ibu yang tak berjaya di masa lalu, jgn pandang ke belakang lagi dan azamkan utk yang depan. Pada ibu baru, anda masih ada masa utk perbetulkan. Pada yang bakal menjadi ibu, this is the time to decide and implement! Selamat memberi hak anak2!
* Bonda: Mohon maaf jika ayat saya mengguris mana2 pihak. Saya sgt serius dalam hal ini. Percayalah, anda semua ibu yang hebat!? Saya percaya ibu2 yang dh beri formula milk pada anak bukanlah kerana mereka tidak mahu memberi susu mereka sendiri, tetapi disebabkan kurang ilmu, halangan dr org terdekat seperti suami, ibu, ibu mertua dan kawan2 yang tak supportive.. saya tahu!~ akan saya ceritakan email seorang ibu murni pd saya yang sgt sedih kerana seawal 2 bulan telah memberi anaknya makan nestum dan anaknya dikejarkan ke hospital. Ya, dia telah sedar dan sdg berusaha fully bf babynya. Puan, terima kasih kerana memberi keizinan utk berkongsi tentang cerita puan. Saya sgt bersimpati pd puan dan akan menolong puan sehingga berjaya. Dengan izin Allah.
src : fwd email ((Tmn2Syurga))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment